Allah tu Maha Pengasih dan Penyayang…

Allah tu Maha Pengasih dan Penyayang…

Kalau Dia nak balas perbuatan hamba Nya, cepat jer..

Kisah benar….

 

Ketika Mr.S sedang menunggu giliran di kaunter pembayaran, ada seorang makcik di hadapannya terpaksa menolak 2-3 barang untuk dikira oleh cashier. Katanya duit tak cukup nak bayar. Mr.S pun offer diri membayar harga barangan makcik tu tadi dengan seikhlas hati walaupun makcik tu meminta no telefon untuk membayar ganti semula kelak. Tetapi Mr.S menolak permintaan makcik tu.

Mr.S pun balik ke rumah tanpa memikirkan apa-apa…sempat disambar nya beberapa bungkus makanan untuk teman serumah.

Tak sampai hari berganti, Mr.S dikunjungi oleh sahabat lama yang membawakan buah tangan dan makanan-makan kegemaran Mr.S. Terkedu seketika Mr.S kerana mengingati kasih sayang Allah. Begitu sayang Allah pada hamba Nya, walaupun apa yang dikeluarkan tidak seberapa, mungkin kerana berkat doa makcik di kaunter pembayaran yang mendoakan dia di murah rezeki.

………………………

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Lagi banyak yang kita keluarkan, lagi banyak yang kita dapat…yakinlah pada kekuasaan Ilahi…

(DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)

:: Perjalanan Baru ::

“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapa ku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.

Assalammualaikum,

Hujan lebat….syukur alhamdulillah….nikmat Tuhan untuk sekalian alam….

Dah hampir 3 minggu di Puncak Perdana. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Syukur atas nikmat dan kasih sayang dari Nya. Siapa sangka, perancangan yang disusun tak menjadi, kesilapan mengisi borang sambung belajar dan macam-macam lagi dugaan akhirnya ada hikmah besar yang menanti. Syukur Ya Allah..

Allah hurabbi..ketika tak tahu apa nak buat untuk sambung study, Allah dorongkan hati kawan2 untuk membantu aku. Dari pada proses permohonan, persediaan interview, berkongsi pendapat sehinggalah habis interview. Kawan ada yang sedia membantu.

Allah hurabbi…ketika aku dah redha tak dapat scholarship dan orang yang sama interview dah continue study, rupanya Allah nak bagi rezeki lewat sikit supaya aku tak terkejar-kejar menguruskan semua benda serentak. Dan Allah nak temukan aku dengan banyak lagi peristiwa dan hikmahnya selepas itu……

Allah hurabbi…ketika aku risau macam mana nak pergi interview fakulti, Allah berikan pertolongan melalui seorang kawan yang sedia membantu aku ke interview.

Allah hurabbi…ketika memikirkan nak stay mana nanti, Allah berikan ilham melalui orang perseorangan yang mencadangkan agar memohon untuk menyewa kolej. Alhamdulillah, permohonan mudah diluluskan dengan bayaran yang berpatutan.

Allah hurabbi..ketika baru mula menyesuaikan diri untuk tinggal di tempat baru, Allah hadirkan seorang kawan lama yang telah menerima baik buruk diri ini seadanya untuk menemani. Terima kasih jua Ya Allah kerana kau juga telah memberikan ganjaran besar di atas kesabaran dia selama ini.

Allah hurabbi..ketika aku risau kan proses pembelajaran kelak, risau akan tanggungjawab dan amanah yang diberikan, Allah berikan pensyarah-pensyarah yang terbaik yang membuka minda aku dan mengembalikan aku kepada niat yang lurus.

….sedari awal niat untuk sambung belajar tak lebih tak dari ingin mendapat sehelai kertas pengiktirafan, menunaikan impian orang sekeliling dan lari seketika dari realiti kehidupan..tapi semakin hari niat itu semakin berubah…semakin diperbetulkan..semakin nampak jelas ketara tanggungjawab yang dipikul..semakin terasa beratnya beban amanah…semakin nampak luas nya kehidupan, pandangan, cita-cita, impian dan harapan yang perlu ditunaikan….belajar bukan setakat inginkan kelulusan, tetapi belajar la sesuatu itu untuk diaplikasikan untuk kebaikan bersama, disebarkan dan membantu orang lain ke arah kejayaan…tak kira la ilmu apa yang kita belajar,asalkan ia memberi manfaat….

Allah hurabbi…Allah sentiasa memberikan pertolongannya melalui orang-orang yang hadir disekeliling ku..yang tak jemu mendoakan aku..terima kasih untuk semua….semoga kita kan terus sama-sama berjaya walaupun dalam cara dan keadaan yang berbeza…InsyaAllah…

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya pada Mu jua yang layak menerimanya.

 الْلَّهُمَ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ 

 (Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati-Mu, dan bersyukur di atas nikmat-Mu dan memperelokkan ibadahku kepada-Mu)

 bersambung…..

* Alhamdulillah, air paip dah ada selepas seharian setengah tak da…dah seminggu dua berlarutan macam ini. Allah nak ingatkan umat Nya supaya beringat ketika menggunakan nikmat yang diberikannya tu. “

Powerbank Pineng dari The Faiz Ibrahim

Powerbank Pineng dari The Faiz Ibrahim

http://thefaizibrahim.com

http://realiti-ice.blogspot.com/2013/03/review-powerbank-pineng-11200mah_6.html

https://www.facebook.com/pages/The-Faiz-Ibrahim/460281697371935

Penulis : Hazlin Ibrahim Khan

Review ini tiada kaitan dengan yg hidup atau mati. Cuma ada kaitan antara aku, The Faiz Ibrahim dan powerbank Pineng.

Peringatan mesra : Penulis tidak mendapat apa-apa imbuhan dalam bentuk lisan atau bertulis, fizikal dan mental, atau apa-apa jenis suapan bagi meluluskan pandangan beliau.

Pendek kata : harga yang penulis beli sama je dengan yang lain dapat

Panjang kata : penulis tiada kaitan sedara mara sepupu sepapat dengan keluarga The Faiz Ibrahim yang membolehkan beliau beli dari TFI.

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

Misi 1

Aku dah lama mengidam powerbank ni..berbulan gamaknya memikirkan nak beli ke idok..berbaloi ke beli?guna ke beli?sebab charge kereta yang aku beli dulu pun tak pernah berusik lagi.

Tapi dalam diam hasrat suci tu ada…Cuma memikirkan harga dan membandingkan kualiti yang ada di pasaran.

Pencarian powerbank menemukan aku dengan pelbagai bentuk penawaran, harga, brand, saiz dan warna. Tapi ada 2 pilihan yang menarik hati dan salah satunya ialah TFI.

Puas aku godek,jelajah dan akses sana sini…maka aku bulatkan hati untuk dapatkan dari TFI…

Misi 2

Aku bukan je follow blog, fb, IG, wasap malah blog2 yang review pasal powerbank Pineng pun aku follow gak. Sebab nak laburkan ke situ..kecil bagi sesetengah orang tapi beso maknanya bagi aku, nak bila bila tiba hujung bulan.hahahaha.

Dalam pada telah bulatkan hati tu, datang lg godaan dari brand yang lain..pada firasat aku, lebih anggun,murah dan mencuri perhatian. Arghhh, serabut dehhh……..

Akhirnya :

20130712_224837

8 Julai 2013 : aku menghubungi TFI untuk booking powerbank dari nya. Reason aku :

  1. Walaupun harga yg aku boleh dpt lagi murah, tapi kualiti perlu diberi perhatian
  2. TFI memberikan layanan yg memuaskan dengan menjawab semua persoalan yg aku utarakan
  3. Keyakinan yg ada untuk membeli dari TFI – sebab tu aku follow instag dia…semoga terus jadi anak yg soleh ye…hihihihi….
  4. Jaminan yang diberikan itu paling penting..dalam setandan pisang pasti ada yang rosak..huhuhuuh…

Hasilnya :

20130716_172728

 Powerbank telah diterima dengan selamat pada 11 Julai 2013

  1. Warna Gold memang klasik betul..saiz dan berat yang sedang2 je..lain la dari gambaran asal aku..
  2. On je ada baki 95% batery yg ada, terus cucuk ke hp dan tinggal 85%
  3. Penggunaan kali ke 2 dari batery 85% tinggal 73%
  4. Penggunaan kali ke 3 dari 73-59 (boleh bape kali lagi caj??sila la kira…hihiih)
  5. Rasa nak sedekahkan charge kereta aku sebab dah ada powerbank ni..lepas ni senang nak travel..sampai destinasi tak perlu lagi terburu-buru cari plug sampai kekadang jumpa plug dah rosak even kat hotel pun…
  6. Habis je caj hp, ppowerbank akan off sendiri bagi melindungi jangkahayat bateri hp kita..tang ni memang aku tunggu betoi2 nak pastikan kebenarannya..jenuh ngadap pb…
  7. bab lampu suluh tu….tu extra la..sbb dah ada lampu sendiri..sygla nk guna pb buat lampu suluh..hahahha..cuma memudahkan kita la kalau malam2 nak cucuk wayar tu….
  8. Pembelian akan disertakan extra aksesori…boleh pilih mana yg sesuai dengan connection kita
  9. Penambahbaikan dr TFI dengan menyertakan manual penggunaan...
  10. Pilihan ditangan anda…tanpa paksaan….peace yo!!!

:: Tips panduan ibadah ::

Sebagai Hamba Allah SWT, ibadah kepadaNYa adalah syarat untuk ke syurga. Semoga tips ini membantu kita untuk meniru bagaimana insan kesayangan kita ini beribadah.  Tips ini sebenarnya datang daripada Majalah Solusi Isu 52.

 

Lima fakta mengenai ibadah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW :

  1. Melaksanakan solat sehingga kedua-dua kakinya bengkak.
  2. Akan tidur awal untuk membolehkan untuk bangun mengerjakan solat malam sebanyak 13 rakaat.
  3. Memulakan solat malam dengan 2 rakaat yang ringan.
  4. Pernah melaksankan solat malam dalam keadaan berdiri dan duduk.
  5. Istiqamah melakukan solat sunat 2 rakaat pada waktu:
  • Sebelum Subuh
  • Sebelum Zuhur
  • Selepas Zuhur
  • Selepas Maghrib
  • Selepas Isyak

 Ciri-ciri solat yang sempurna ialah ;

1. Orang yang melakukannya meyakini bahawa solat yang dilakukannya adalah sebagaimana solat Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam.

2. Setiap pergerakan di dalamnya dilakukan dengan toma’ninah (tenang, tertib, sopan dan tidak tergesa-gesa).

3. Lidah menyebut dengan elok dan fasih bacaan-bacaan di dalam solat terutamanya ayat-ayat al-Quran.

4. Bacaan-bacaan di dalam solat difahami maknanya, sama ada bacaan itu berupa ayat-ayat al-Quran, zikir atau doa kerana memahami makna membawa kepada penghayatan terhadap apa yang dibaca itu.

5. Hati dalam keadaan khusyuk dan memberi penumpuan kepada solat iaitu tidak lalai atau alpa.

Bagaimana? Adakah ini memberi motivasi. Mari bersama beribadah. Syurga adalah sesuatu yang hebat. Kita tiada pilihan melainkan menjadikan insan yang hebat untuk ke tempat tersebut.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.